Rabu, 29 Januari 2014

Jom Belajar Jenis Balutan Anduh

Aktiviti 1: Rabu 29/1/2014 . Jam 2.30 hingga 4.00 petang
Pengerusi Bulan Sabit Merah SMKAP 2014 bersama hasil balutan anduhnya terhadap seorang mangsa yang patah tangannya kerana terjatuh semasa sedang bermain-main dengan rakan sekelasnya





Pembalut cincin
-Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada pembalut tirus.
-Digunakan untuk menutup luka.


Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan.
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.


Anduh besar/ Anduh lengan
-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.